ADAM...
Ketahuilah...
Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku,
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku,
kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki,
kerana aku wanita
emosi ku selalu mengatasi logik akalku,
kerana aku wanita
air mata teman setiaku,
kerana aku wanita
sensitiviti ku terhadap sesuatu amat tinggi.
OLEH ITU ADAM...
Kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam,
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku,
kerana aku wanita
akhlakmu ukuran di mataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohku,
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu,
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar,
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali,
kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.
WAHAI ADAM...
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool'
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami
andai kau kata 'usha' itu tanda kejantanan
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.