Thursday, June 21, 2012

Wahai Kaum HAWA....


Wahai Hawa, Kenapa.. 
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya? 


Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. 


Tapi hawa.. 
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! 

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.


Hawa, 
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. 



Wahai Hawa, 
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa, 
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 


Tetapi hawa, 
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... 

Sayangku Hawa ,
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.


Hawa , 

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya. 

~ INGATAN UNTUK DIRI MU JUGA DIRI KU ~ :))



JANGAN SIBUK MENCARI YANG SOLEH TAPI SIBUKKAN LAH DIRI UTK MENJADI YANG SOLEHAH :)




Tuesday, June 12, 2012

Menjadi Wanita Yang DiHormati



Jadilah wanita yang disanjungi dan dihormati dan bukan lah wanita yang di minati oleh kaum adam. Wanita punya maruah yang begitu tinggi yang perlu dijaga. Jangan biarkan dirimu hilang harga diri sehingga sanggup menggadai maruah diri. Ingatlah, apa gunanya diminati oleh kaum adam saat kita belum dalam ikatan yang sah sedangkan kita hanya dimiliki oleh seorang suami. Jaga batas pergaulanmu , jangan biarkan diri terus berada dalam buaian dunia yang sehingganya membuatkan kita alpa. Kita umat Nabi Muhammad S.A.W. kita ada cara hidup Islam kita, bukannya budaya barat. Kadang2, diri ini pernah terlena dalam rencah kehidupan yang terus-terusan membuatkan ana terjebak dengan keseronokan duniawi ini, tp ana berjanji dengan diri ana sendiri, akan cuba untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang solehah. Cinta itu biarlah ianya disimpan di dalam hati, mengharap dalam diam doa kepada Yang Maha Pencipta. Gantunglah semua kepada-Nya. Dia tidak akan memberi apa yang kita inginkan, tapi Dia memberi apa yg kita perlukan.Wallahu a'alam. :))




Seorang wanita dengan keperibadiannya yang baik, membawa seribu kebaikan kepada dunia.Tetapi, seorang wanita dengan keperibadian yang buruk, akan membawa kerosakan kepada dunia.Jadilah wanita syurga,Peribadinya sederhana,Tidak mudah putus asa,Cita-cita tinggi menembus ke sana!

InsyaAllah.. ^_^




Monday, June 11, 2012

Danish Luqman wif Fathin Syaakirah

ni , ni la adik saya Mohammad Danish Luqman, yg paling cool n mcm tak kisah je..ehehe :))

nak citer2 sikit pasal dia..uhu.. umur dia baru 6tahun , masih di pra-persekolahan la. dah 3 tempat dia bertukar sekolah.. :D dia la paling awal masuk taska..dr umur 4tahun lagi, al maklumlah semangat dia nk b'sekolah kn, tgk abg2 n kakak2 dia.. opps lupa, danish ni anak yg kedua bongsu dr 12 org adik bradik. Alhamdulillah.. hehe... dia seorang yg rajin .. selalu tlong sy mngemas umah, klau d'suruh confem la dia sudi nak tlong , but..haa.. ade tetapinya.. dia bg syarat la.. syaratnya , lpas dia kemas2 tu dia nak main game feeding frenzy2 game ikan la tu.. uhuhu.. tu je syarat dia.. mmg senang la kn.. dia seorang yg care kt adik bongsu dia, fathin syaakirah. ape2 klau g kedai ke, mesti dia bawak balik coklat n ape2 mainan lah kt adik dia sorang tu.. adik dia ni plak suka buli dia..uhuhu.. dia plak mudah mngalah org nya. ape2 pn, m'harap sgt dia bakal jg seorang ustaz nnti even tgk kpd cara dia cm nk jd seorang pelukis je.. hbis krtas dia conteng lukis itu ini... ehehehe...

haa...ni dia... Fathin Syaakirah...uhuhu.. btui2 style, amik baju abg dia la ni.. nk karate agknay..uhuh

ok... umur dia baru 3tahun..ank bongsu...  fathin ni dia budak nakal sikit.. ehee.. klau buat hal dgn dia, ciap la nnti, ade je yg akan d'buatnya... dia ganas sikit... uhuhuu.. tp dia ok je asalkan jgn cri pasal dgn dia.. ehehe...dia dgn abg dia danish 2 sama lah, suka je mnolong klau d'suruh jela..ehehe.. syarat pn sama cm syarat abg dia.. fathin ni asyik duk tnya je kt umi dia, bila adik bleh g sekolah.. uhuhu.. al maklumlah, pg2 xde org nk main dgn dia, smua p sekolah jd tggal dia sorang la kn, insyaAllah, thun dpan dia mula msuk taska seawal cm abg dia tu.. uhuuhu....






ni dia... fathin wif danish.... huhuuhu... adik & abg.. sntiasa bersama.. dorang la yg selalu menceriakan hari2 saya even smpai nk pecah kpala d'buatnya.. ustazah dan ustaz .. insyaAllah..aminn.. :D love both of u ! 


setakat ni kot story2 adik saya... uhuhuu... tataaaaaa.....


Sunday, June 10, 2012

Beritahu kepada MUSLIMAH itu......




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.



Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.



Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.



Beritahu pada muslimah itu

simpan secebis malu;

kerana malu itu,

sebahagian dari iman...


sama2 lah kita berubah ke arah yang d'redhai oleh-Nya.. x de sape yg boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri .. kaum wanita adalah kaum muslimah dan sebaik2 perhiasan d'dunia ini adalah wanita solehah :))

( LOVE MUSLIMAH )

18 JUNE 2012

Assalamualaikum kawan2 ! ^_^

okeyh.. kali ni entry khas buat seseorang yg dah buat blog ni utk saya ! ehehe... dah lama sgt nak buat blog tp x pandai pulak.. hihi.. n now sy dah dpt blog sndiri.. trima kasih sgt utk dia yg sudi tlong buatkan blog ni. uhuhu.. nak tau sape dia?? agak2 sape la ea.. huhuhuhu.. loadinggg jappp ~~ dia ialah.... MUNIRAH ABD HALIM ! ehehe.. my friend at kolej , my roomate ,  my classmate n my coffee mate... ohohoo~ jom citer2 sikit pasal dia.. :D

dia seorang kwn yg btul2 happening lah kata org.. sporting hbiss lahh.. dia semuanya xpe , xde yg x ape ( cmtu la agknye) uhuhu... dia baik org nya , x pernah pn buat kwn2 dia marah coz dia seorg yg hepy go lucky kn , mmg trbaik lah.. dia seorg yg nakal , uhuhuh... nakal dia pn m'hepy kn suasana yg suram...ktaorg slalu gaduh but not seriuzly la.. gduh cm budak2 katakan, main cubit2.. tampo menampo..ahaha... tu mmg dah habit ktaorg lah klau kt kolej n hostel...yg sedih pn jd nk gelak bila tgk dia.. dia pndai memujuk ..uhuhuu... mcm2 lah gelagat dia bila dia hepy.. even dia tyme sedih pn kami kwn2 dia x dpt nk cam sgt , klau dpt pn , tgk dia cm badmood , x b'ckap.. ade la tu something yg x kene kn..ehhehe. dia klau marah , mmg btul2 marah la kn.. prnah kot skali tgk dia marah.. mmg btul2 hbis la (hepy2 dia pn ade garangnye) uhu...dia mrah pn sbb nk bg pringatan biar ingt smpai bila2 la kn.. lpas dr tu dia ok la...xde la smpai nk badmood dgn knkwan..dia tetap tersenyummm.. ^_^ uhuhu~ dia baik sgt dgn knkawan , hnya kwn rapat dia jela yg thu cmna prangai dia.. sy 
dah masak daaaa... ehehhe ... ok la stakat ni jela entry tuk dia shabat selmanya.. sayangg kamoo lahh...thanks again, ehehe :)) tataaaaa~ 

Saturday, June 9, 2012

Friday, June 8, 2012

salam perkenalan

assalamualaikum..

saya farah asikin..

saya blogger baru...harap dengan adanya blog nie dapatla saya berkongsi suka duka hidup saya...hehehe
i lov my family so much and also my friendzzz toooo..;)
hahaha

k la sampai sini je..nanti2 jumpa lg..hihi

tatata..
assalamualaikum..=)